• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

Kempen Cintailah Sungai Kita



Logo
Kempen ‘Cintailah Sungai Kita’ Peringkat negeri Perak telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 18 Mei 1993 bertempat di Taman Rekreasi Sungai Perak, Kuala Kangsar. Majlis ini turut dihadiri oleh exco-exco kerajaan negeri, YB ADUN-ADUN, ketua –ketua Jabatan termasuk En Tan Chee Beng Pengarah JPS Negeri Perak.

Ucapan

Majlis yang disertai oleh kira-kira 1000 orang itu merupakan bermulanya komitmen dan usaha bersungguh-sunguh untuk mendapatkan penyertaan orang ramai supaya bersama-sama menjaga dan memelihara sungai. Antara aktiviti yang diadakan sempena majlis pelancaran tersebut adalah:-

  1. Melepaskan anak ikan
  2. Pameran 
  3. Ekspedisi

Kempen Cintai Sungai Kinta ini melibatkan perbagai kategori dimana setiap kategori akan dipertandingkan bagi memupuk minat masyarakat setempat kearah mencintai sungai. Antara kategori tersebut ialah Kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kategori Sekolah dan Kategori Perlancongan. Selain itu, kempen ini diperbagaikan dengan aktiviti ceramah-ceramah kesedaran di peringkat sekolah, pertandingan mewarna, ekspedisi sungai, gotong-royong dan sebagainya.

GotongRoyong    Wakaf    GotongRoyong1 

DSCNoo1


KEJAYAAN YANG DICAPAI


Aktiviti-aktiviti gotong-royong membersihkan sungai merupakan antara aktiviti yang dapat menyemai sikap cintai sungai kita dikalangan masyarakat setempat. Selain membersihkan sungai, aktiviti ini turut membabitkan kerja-kerja pengindahan sungai seperti penyediaan kemudahan rehat di sungai-sungai berkenaan. Antara sungai-sungai yang terlibat adalah Sungai Perak, Sungai Lalang, Sungai Kinta, Sungai Pari, Sungai Sungkai, Sungai Terus, Sungai Air Hitam, Sungai Kurau dan Sungai Kuang.


Tempat

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-254 0290
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 19 Disember 2018