• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Web Mobil
Header

Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak terdiri daripada beberapa bahagian utama dimana Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak merupakan Bahagian yang memberi perkhidmatan sokongan dalam pengurusan kontrak dan perolehan projek di JPS Perak. Peranan utama yang dimainkan oleh Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak di JPS Perak adalah memberi perkhidmatan kepakaran ukur bahan kepada semua bahagian, daerah dan pejabat projek untuk memastikan semua projek :-

  1. Dilaksanakan dengan efektif, efisyen dan teratur selaras dengan prosedur dan dasar kerajaan.
  2. Mencapai kos yang optimum dan memperolehi nilai setimpal.
  3. Memenuhi ciri - ciri akauntabiliti awam yang diamanahkan kepada Jabatan.



Objektif

Mengadakan perkhidmatan Ukur bahan Dan Pengurusan Kontrak yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan untuk memastikan projek - projek JPS dilaksanakan dengan adil dan efisyen serta memenuhi ciri - ciri pertanggungjawaban awam.


Fungsi

  1. Melaksanakan audit teknik terhadap dokumen dan perakuan yang berkaitan dengan perolehan dan kontrak ( Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan ).
  2. Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak.
  3. Memaklumkan dan membuat edaran kepada semua bahagian, daerah dan pejabat projek mengenai pekeliling dan garispanduan baru dan terkini.
  4. Menjadi Urusetia bagi :-
    • Jawatankuasa Pembukaan Tender di JPS Perak
    • Jawatankuasa Perubahan Kerja Di JPS Perak
    • Jawatankuasa Pengukuran Semula Kuantiti sementara di JPS Perak.

 

 

 

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-253 1957 Fax: 605-254 0290
Email: webmaster[at]jpsperak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017
Ezyweb Content Management System