• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Web Mobil
Header

Sumbangan Saliran

Sumbangan Saliran Negeri Perak  ini ditubuhkan setelah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 1634 yang telah bersidang pada 22hb September 2010. Ianya merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil di Negeri Perak.

Jawatankuasa Sumbangan Saliran Negeri Perak dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan terdiri dari ahlinya dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah JPS Perak, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan, Pengarah UPEN dan Timbalan Pengarah JPS Perak sebagai setiausaha.

Mesyuarat Sumbangan Saliran pada 20.5.2011

Perundangan membenarkan sumbangan saliran dikenakan ke atas pemaju ialah Seksyen 51(3), (4) dan (5) Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974, PBT dengan kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

 

 Kadar yang telah dipersetujui oleh  MMK bagi kutipan bayaran sumbangan saliran yang perlu dibayar oleh pemaju ialah RM5,000.00 seekar bagi Majlis Bandaraya Ipoh, RM4,000.00 seekar bagi Majlis Perbandaran dan RM3,000.00 seekar bagi Majlis Daerah. Wang Sumbangan Saliran adalah tertakluk kepada tatacara Akaun Amanah Sumbangan Saliran  Negeri Perak yang mana ia adalah khusus untuk digunakan untuk membiayai perbelanjaan manaiktaraf sistem saliran di Negeri Perak.

 

 

 JPS Perak selaku setiausaha bertanggungjawab mengurus mesyuarat dan urusan surat menyurat, mengumpul dan memantau maklumat kutipan dan agihan wang sumbangan saliran. Jawatankuasa Sumbangan Saliran hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dan kuorum mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) ahli.

Sidang akhbar diadakan selepas Mesyuarat Sumbangan Saliran

Pada tahun 2011, Jawatankuasa Sumbangan Saliran telah bermesyuarat 2 kali. Mesyuarat yang pertama diadakan pada 20.5.2011 dan mesyuarat kedua adalah pada 22.12.2011. Mesyuarat telah membincangkan mengenai kutipan wang sumbangan saliran yang diterima dari PBT, cadangan projek untuk diluluskan menggunakan wang sumbangan saliran termasuk pengagihan peruntukan ke PBT dan juga permohonan-permohonan pengecualian wang sumbangan saliran. Mesyuarat kebiasaannya diakhiri dengan sesi sidang akhbar tempatan dengan memaklumkan perkembangan terkini Jawatankuasa Sumbangan Saliran dan faedahnya dalam menangani masalah banjir dengan kerja-kerja menaiktaraf yang dapat dijalankan oleh PBT dengan menggunakan wang sumbangan tersebut.

Sidang akhbar diadakan selepas Mesyuarat Sumbangan Saliran

 

 

 

 

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-253 1957 Fax: 605-254 0290
Email: webmaster[at]jpsperak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017
Ezyweb Content Management System