• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Web Mobil
Header

Projek Saliran Bandar Dan RTB

KERJA–KERJA MEMBINA BAN DAN MENAIKTARAF BAN PENCEGAH BANJIR FASA 2 SERTA KERJA BERKAITAN DI SG. KURAU, BUKIT MERAH, DAERAH KERIAN, PERAK DARUL RIDZUAN.

Lembangan Sg. Kurau di Bukit Merah adalah berada di kedudukan ‘downstream’ Kolam Bukit Merah. Kolam Bukit Merah ini adalah berfungsi membekalkan bekalan air bagi kegunaan domestik , pengairan ke sawah padi serta industri Ikan Hiasan di Daerah Kerian. Apabila taburan hujan yang tinggi dicatatakan di sebelah hulu dalam musim tengkujuh, paras air kolam akan meningkat ke paras yang tinggi dan boleh mencecah paras bahaya iaitu 30’-00’’. Keadaan yang demikian akan memberikan kesan kepada kestabilan kolam dan keselamatan kolam Bukit Merah ini. Oleh yang demikian, pintu alur limpah perlu dibuka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Apabila Alur Limpah dibuka, maka air dari kolam takungan akan memasuki Sg. Kurau dan seterusnya melimpah dan membanjiri kawasan pertanian dan penempatan yang tidak dilindungi dengan ban yang sempurna. Oleh yang demikian Projek ini dilaksanakan bagi mengurangkan kesan banjir kepada penduduk dan kawasan pertanian yang terletak berhampiran Sungai Kurau  dengan menyediakan ban yang kukuh dan struktur kawalan banjir serta sistem saliran yang sempurna.

Butiran Projek adalah seperti berikut :-

Harga Kontrak              : RM 3,500,000.00

Tarikh Miliik Tapak        : 7 Mac, 2011

Tarikh Siap                   : 02 September, 2012

Jenis Kontrak                : Tender

Nama Kontraktor           : -

Pemilik Projek               :  Bahagian Tebatan Banjir

Pelaksana Projek           : JPS Negeri Perak

Kerja Pemasangan Pintu Kawalan Automatik untuk Struktur Kawalan Banjir

Kerja Penambakan Ban di Sebelah Borrowpit.

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-253 1957 Fax: 605-254 0290
Email: webmaster[at]jpsperak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017
Ezyweb Content Management System