• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Web Mobil
Header

Pengenalan

Jabatan Pengairan Dan Saliran sebelum 15 Mac 1989 dikenali sebagai Jabatan Parit Dan Taliair, yang ditubuhkan pada 1 Januari 1932 bagi melaksanakan fungsi-fungsi pengairan dan saliran yang sebelum itu dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya. Penubuhannya adalah merupakan satu langkah kerajaan bagi menggalakkan penanaman padi supaya negara tidak terlalu bergantung kepada bekalan beras yang diimport.

Diperingkat awal, selain daripada pembangunan kemudahan pengairan, jabatan juga terus terlibat di dalam kerja-kerja saliran pertanian dan pemeliharaan sungai. Melalui fungsi-fungsi tersebut, jabatan telah banyak memberikan sumbangan bagi menjayakan pembangunan pertanian di negara ini. Akibat bencana banjir besar yang menimpa negara pada tahun 1971, fungsi tebatan banjir dan hidrologi telah dipertanggungjawabkan kepada JPS pada tahun 1972. Pada tahun 1986 fungsi kejuruteraan pantai pula ditugaskan kepada JPS. Dengan keadaan persekitaran dan keperluan yang sentiasa berubah-ubah, JPS dijangka memainkan peranan yang lebih mencabar pada masa-masa akan datang.

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-253 1957 Fax: 605-254 0290
Email: webmaster[at]jpsperak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017
Ezyweb Content Management System