• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

Maklumat tentang Sungai Kinta

Persoalan

Hai, nama saya Wong Yoon Sing, sekarang adalah pelajar di USM. Saya mahu tanya adakah terdapat maklumat tentang Sungai Kinta? Apakah status tentang Sungai Kinta sekarang. Maklumat ini diperlukan untuk assignment saya.

Terima Kasih.

Jawapan JPS Perak

Sungai Kinta merupakan salah satu sungai yang penting di Negeri Perak Darul Ridzuan dan ia merupakan salah satu anak sungai utama Sungai Perak. Sungai Kinta bermula dari Gunung Korbu dan berakhir di pertemuan dengan Sungai Perak di Pasir Salak dengan panjangnya lebih kurang 100 km serta berkeluasan tadahan seluas 2500 km persegi. Di sepanjang Sungai Kinta terdapat lapan anak sungai yang menyumbang air dan juga bahan cemar iaitu Sungai Pari, Sungai Buntong, Sungai Kledang, Sungai Raya, Sungai Pinji, Sungai Johan, Sungai Kampar dan Sungai Chenderiang. Maklumat kualiti air Sungai Kinta mengalami peningkatan dari tahun 2008 ke tahun 2009 iaitu dari kelas 3 kepada kelas 2B. Untuk mendapatkan maklumat terkini kualiti air sungai kinta, saudara boleh mendapatkannya daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dimana Jabatan tersebut merupakan agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi kualiti air.

Data rasmi kualiti air Sungai Kinta bagi tahun 2010 belum diperolehi jabatan ini daripada Jabatan Alam Sekitar.

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-254 0290
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Selasa, 18 Disember 2018