• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

Satu Negeri Satu Sungai

Pembangunan sememangnya diperlukan namun pemeliharaan alam sekitar tidak seharusnya diabaikan agar fungsi sungai tidak terjejas. Kealpaan manusia dalam aspek pemeliharaan alam sekitar khususnya sungai bukan sahaja menyebabkan berlakunya banjir malah turut menyebabkan sumber air negara terjejas akibat kemerosotan kualiti air sungai. Program Satu Negeri Satu Sungai adalah satu program yang dilancarkan pada tahun 2005 bagi memulihkan sungai yang terpilih di setiap negeri selaras dengan hasrat untuk menjadikan sungai bersih, hidup dan vibran. Bagi Negeri Perak sungai yang dipilih untuk Program Satu Negeri Satu Sungai ialah Sg. Kinta.

Objektif Program Satu Negeri Satu Sungai ini ialah:-

  • Memulihkani kualiti air sungai kepada Kelas II (sesuai untuk sentuhan badan) menjelang tahun 2015
  • Menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi.
  • Memastikan sungai bebas dari masalah sampah-sarap.

Strategi pelaksanaan program ini ialah dengan memantapkan pengurusan menggunakan pendekatan holistik melalui Pengurusan, Pencegahan dan Pemulihan selaras dengan konsep IRBM yang menitikberatkan penglibatan pelbagai pihak yang berkepentingan. Pelaksanaan Program 1N1S sebenarnya merupakan mini IRBM sebagai salah satu usaha awal, perintis ke arah pelaksanaan IRBM sepenuhnya.

1N1S

Isu Pembangunan dan Ekosistem Sungai

Penerokaan dan pembangunan tanah telah mengubah gunatanah. Perubahan gunatanah seperti ini tidak dapat dielakkan bagi menampung pelbagai keperluan ekonomi, kemudahan awam dan infrastruktur. Walau bagaimanapun yang membimbangkan ialah peningkatan pembangunan sering dikaitkan dengan kemerosotan ekosistem sungai yang akibatnya menjejaskan kualiti air sungai. Antara kesan pembangunan yang memberi impak kepada ekosistem sungai ialah:-

  • Pembangunan dan penerokaan tanah yang kurang mengambilkira pemeliharaan alam sekitar
  • Sampah sarap yang dibuang merata-rata
  • Sisa racun/kimia dari kawasan pertanian dan efluen industri dan kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna
  • Sisa sembelihan dan najis haiwan ternakan
  • Buangan minyak dari bengkel-bengkel kenderaaan
  • Buangan dari pasar basah, restoran dan gerai-gerai makan 
  • Pencerobohan rizab sungai dengan pelbagai aktiviti yang mencemarkan
  • Aktiviti perlombongan yang tidak menitikberatkan aspek kawalan hakisan dan kelodak
  • Pembangunan dan penerokaan tanah yang menghimpit dan melenyapkan persekitaran semulajadi sungai

Peristiwa

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-241 0511
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 15 Ogos 2018