• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Web Mobil
Header

Peranan

Pengenalan

Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak merupakan Bahagian yang memberi perkhidmatan sokongan dalam urusan pengurusan kontrak dan perolehan projek di JPS Perak.

Peranan utama yang dimainkan oleh Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak di JPS Perak adalah memberi perkhidmatan kepakaran ukur bahan kepada semua Bahagian, Daerah dan Pejabat Projek untuk memastikan semua projek :

1.         Dilaksanakan dengan efektif, efisyen dan teratur selaras dengan prosedur dan dasar kerajaan.

2.         Mencapai kos yang optimum dan memperolehi nilai setimpal.

3.         Memenuhi ciri – ciri akauntabiliti awam yang diamanahkan kepada Jabatan.

Objektif

Mengadakan perkhidmatan Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan untuk mempastikan projek – projek JPS dilaksanakan dengan adil dan efisyen serta memenuhi ciri – ciri pertanggungjawaban awam.

Fungsi

1.  Melaksanakan audit teknik terhadap dokumen dan perakuan yang berkaitan dengan perolehan dan kontrak ( Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan ).

2.  Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak.

3.  Memaklumkan dan membuat edaran kepada semua Bahagian, Daerah dan Pejabat Projek mengenai pekeliling dan garispanduan baru dan terkini.

4. Menjadi Urusetia bagi :

  1. Jawatankuasa Pembuka Tender Peringkat JPS Perak
  2. Jawatankuasa Perubahan Kerja Peringkat JPS Perak.
  3. Jawatankuasa Kelulusan Kuantiti Sementara Peringkat JPS Perak.
  4. Jawatankuasa Sebut Harga Peringkat JPS Perak

Tugas dan Tanggungjawab

Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak bertanggungjawab untuk perkara berikut :

Pra Kontrak

1.  Menyedia / menyemak dokumen meja tender dan menguruskan iklan dan pemanggilan  tender.

2.  Mempelawa, menilai dan menyediaan laporan tender.

Pos Kontrak

1.  Menyediakan Surat Setuju Terima Tender kepada petender yang berjaya dan menguruskan pelarasan harga kontrak dan surat perwakilan kuasa.

2.  Menyedia / menyemak dan mengedarkan dokumen kontrak.

3.  Menyemak penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran interim.

4.  Menyedia / menyemak permohonan Kelulusan Perubahan Kerja, permohonan Kelulusan Kuantiti Sementara,  permohanan Pelarasan Harga Kontrak, Penyata Akaun Muktamad dan Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad.

5.  Menyemak Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa dan Perakuan Siap Kerja.

6.  Menyemak permohonan pelarasan Wang Peruntukan Sementara.

7.  Menghadiri Mesyuarat Tapak.

Khidmat Nasihat

1.  Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender dan pengurusan kontrak.

2.  Memberi khidmat nasihat ke atas perkara – perkara dan masalah – masalah am berkaitan pentadbiran kontrak.

Tanggungjawab Lain

1.  Mengemaskini dan memantau sistem SMATRAK untuk projek – projek JPS Negeri Perak.

2.  Memuat-turun / mengemaskini maklumat mengenai tender di Portal JPS Perak.

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-253 1957 Fax: 605-254 0290
Email: webmaster[at]jpsperak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017
Ezyweb Content Management System