• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Web Mobil
Header

Aktiviti-Aktiviti

Peranan

Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi melaksanakan pengurusan sumber air melalui pendekatan Integrated Water Resources Management (IWRM) yang merangkumi perkara-perkara berikut selaras dengan "Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969" Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2009 P.U (A) 222.

Objektif

Memberi perkhidmatan cemerlang dalam pembangunan dan pengurusan sumber air dan hidrologi sebagai sumbangan kepada kemajuan sektor pertanian,peningkatan kualiti hidup penduduk, pemuliharaan alam sekitar.


Fungsi

  • Untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi pembangunan dan pengurusan sumber air untuk sekarang dan masa depan.
  • Untuk mengakses data hidrologi bagi sumber air untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah mencukupi bagi melaksanakan rancangan pembangunan dan pengurusan.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan hidrologi (banjir dan kemarau) di lembangan sungai utama di Perak

Aktiviti

  1. Pembangunan, O&M bagi Jaringan Hidrologi.
    Untuk membangunkan, mengeluarkan dan menguji peralatan atau sistem hidrologi untuk disesuaikan dengan keadaan tempatan. Menyediakan perkhidmatan sokongan dalam bidang peralatan hidrologi. Menggunakan peralatan dalam skim pengairan dan saliran utama.

  2. Mengumpul, memproses, mengarkibkan & menyebarkan data & maklumat hidrologi.
    Menyelaras aktiviti hidrologi di Negeri Perak yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan stesen dan pengumpulan data lapangan. Mengumpul, memproses, menyimpan dan mendapatkan balik data hidrologi untuk perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air.

  3. Ramalan & Amaran Banjir.
    Penilaian sumber air dan pemantauan kemarau. Untuk membangunkan sistem ramalan dan amaran banjir untuk lembangan sungai utama. Memantau dan menilai kemarau di lembangan sungai utama seterusnya melaporkan ke Ibu Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS Malaysia.

 

 

 

 

 

 

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-253 1957 Fax: 605-254 0290
Email: webmaster[at]jpsperak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017
Ezyweb Content Management System