• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001 Pengurusan Sg. Kinta

Polisi

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak adalah komited ke arah menyediakan perkhidmatan pengurusan Sg. Kinta (penyelenggaraan dan pembangunan) yang berkesan dengan mematuhi semua kehendak perundangan yang berkaitan alam sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan serta berusaha untuk penambaikan secara berterusan melalui :-

  • Mengawal aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan Sg. Kinta supaya tidak mencemar dan merosakan alam sekitar
  • Mewujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam
  • Memantau efluen yang dilepaskan ke dalam sungai
  • Memeriksa parameter-parameter air sungai mengikut Indeks Kualiti Air (WQI) di lokasi yang ditetapkan


Objektif

  • Meningkatkan Indeks Kualiti Air Sg. Kinta sepanjang 32 Km daripada Kelas IV kepada Kelas II
  • Mengurangkan kadar sisa pepejal di dalam sungai daripada 30 tan / bulan kepada sifar pada tahun 2015
  • Mempertingkatkan keindahan persekitaran sungai sepanjang 32 Km pada tahun 2015


Program Persijilan ISO 14001 – Pengurusan Alam Sekitar (Pengurusan Sg. Kinta) sedang dalam percubaan pelaksanaan. Audit Dalaman telah dibuat pada 22 dan 23 Februari 2011. Audit Pematuhan dijangka akan dibuat pada bulan Oktober 2011.

Peristiwa

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-254 0290
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 19 Disember 2018