• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

Halangan Di Muara Sungai Jejawi, Bota Kiri

Persoalan

Assalamualaikum,
Terdapat halangan aliran air di muara Sungai Jejawi Bota Kiri disebabkan pembinaan jalan oleh pengusaha pasir En Li bin Kamruddin bagi mengeluarkan pasir sungai selaras dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 55. Minta siasatan segera.  Masalah banjir bagi penduduk Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, Perak.

Sekian, terima kasih.

Jawapan JPS Perak

Waalaikumussalam,

Perkara ini telah dipanjangkan kepada pejabat JPS Daerah Perak Tengah untuk tindakan selanjutnya. Pihak JPS memandang serius terhadap masalah berkaitan banjir. Pihak puan boleh menyemak status aduan dengan hubungi JPS Daerah Perak Tengah di talian 05-3712141.

Sekian, Terima kasih.

P/S : Pihak Jabatan mengalu-alukan sebarang aduan demi kesejahteraan rakyat. Pihak Jabatan memohon kerjasama agar mengisi butiran maklumat peribadi agar mudah dihubungi untuk berbincang berkaitan aduan yang dibangkitkan.

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-254 0290
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Selasa, 18 Disember 2018