• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

Masalah gangguan bekalan air

Persoalan

Salam Aidlfitri. Di sisi saya ingin mengadukan masalah gangguan bekalan air yang dialami ketika pulang ke kampung untuk meraikan hari raya di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah, Perak. Masalah gangguan air tersebut berlaku semenjak sehari sebelum hari raya pertama dan berlarutamn hingga hari raya yang ketiga. Bekalan air terputus dan hanya pulih pada waktu tengah malam sahaja. Perkara ini sudah berlarutan selama beberapa tahun. Harap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak akan mengambil maklum berkenaan dengan masalah tersebut supaya tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Terima kasih...

Jawapan JPS Perak

Waalaikum salam,
Berkenaan masalah yang pihak tuan kemukakan, ia lebih berkait rapat dengan Lembaga Air Perak kerana ianya merupakan skop bagi bekalan air ke rumah-rumah. Pihak kami akan memanjangkan perkara ini untuk tindakan sewajarnya pihak yang terlibat. Terima kasih kerana mengemukakan pandangan demi menjamin kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan warga Negeri Perak khususnya.

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-241 0511
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Jun 2018