• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

Masalah Kekerap Banjir Kilat

Persoalan

Salam hormat.

Saya ingin melaporkan masalah banjir kilat yang semakin kerap berlaku dan hari ini (21/3/2011) semakin teruk sehingga ke paras pinggang) di rumah Ayah saya dialamat dibawah:- No 9 Tali Air Kiri, Kampung Pancur, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak Pada pandangan saya, punca banjir kilat yang kerap berlaku pada adalah disebabkan oleh :- 1. Parit Buang yang semak dan jarang dibersihkan (Tidak seperti waktu ayah saya bekerja di JPS Kerian) 2. Lubang air di bawah Highway PLUS yang sempit dan tidak mampu mengalirkan air dengan cepat. Hasilnya, banjir sebelum highway dan tidak selepas highway. 3. Tiada pemantauan mengenai pembinaan titi oleh pengusaha-pengusaha Ikan kelisa yang hanya menggunakan round culvert yang kecil. Sepatutnya mereka menggunakan U-shape Culvert semasa membina titi. Ini menyebabkan laluan air menjadi sempit dan air mudah naik. Banjir ini kerap berlaku dan tahun ini kekerapan dan kedalamannya semakin meningkat. Kerjasama pihak JPS dalam menangani masalah ini amat dihargai.

Jawapan JPS Perak

Salam hormat.

Aduan tuan telah diambil maklum dan disiasat oleh pihak kami. Tuan boleh menghubungi Bahagian Korporat JPS Negeri Perak ataupun JPS Daerah Kerian untuk mengetahui status semasa.

Terima kasih.

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-254 0290
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Selasa, 18 Disember 2018