• Facebook
  • Twitter
  • RSS Feed
  • Mobile Web
Header

JPS Korek Jalan tengah Pekan Lenggong Tiada pengawal lalu lintas

Persoalan

Tuan,

Aduan mengenai kontraktor dibawah jabatan tuan yg menjalankan kerja di Pekan Lenggong Hulu Perak. Jalan menjadi sesak disebabkan tanda amaran tidak mencukupi, tiada pengawal lalu lintas . Diharap tindakan segera dapat diambil. Sekian terima kasih.


Jawapan JPS Perak

Tuan,

Pihak JPS Negeri Perak sentiasa menyediakan papan tanda dan pengawal lalulintas untuk semua projek-projek di bawah seliaan Jabatan termasuklah di kawasan yang tuan maksudkan iaitu kerja-kerja di kawasan Pekan Lenggong, Hulu Perak. Sekiranya terdapat masalah mengundang berkaitan perkara tersebut, mohon pihak tuan menghubungi pihak JPS Daerah Grik di talian 05-791 1219.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Korporat,
b/p Pengarah JPS Negeri Perak

logo JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Tel: 605-209 5000 Fax: 605-241 0511
Email: jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Lokasi JPS Ipoh Perak : N 06° 06.365'  /  E 102°  15.606'
http://maps.google.com/

Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Google Chrome 60.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Jun 2018